Terima kasih diucapkan kepada pengunjung yang berminat dengan barangan Tupperware dari Kedai Maya AMELY. Kami amat hargai atas minat anda untuk membeli dengan kami.
Semua sedia maklum bahawa barangan tupperware adalah agak mahal harganya dan tidak semua golongan mampu membelinya. Ape yang cuba kami usahakan adalah dengan memberi diskaun tambahan 20% lagi kepada para pelanggan yg berminat dengan barangan tupperware. Namun begitu, jika pelanggan yang datang dengan bujet yang dibawah paras harga ahli tupperware dan kos penghantaran lagi bagaimana kami hendak berniaga dan membantu menunaikan permintaan pelanggan berkenaan. Admin masih hijau dalam bidang tupperware dan masih merangkak lagi. Lainlah kalau admin sudah peringkat 'Director' dan sebagainya bolehlah diberi dengan harga yang lebih rendah. Untuk makluman semua admin hanya dapat tambahan diskaun 25% sahaja dari stokis. Sebagai contoh:
- 1. Bujet anda adalah RM30 tetapi ingin memiliki barangan RM40 dan selepas diskaun 25% RM32. Itu belum lagi masuk kos penghantaran.
- Bujet anda adalah RM100 tetapi ingin membeli barangan RM160 dan selepas 25% diskaun menjadi RM120. Harga juga belum termasuk kos penghantaran atau COD untuk minyak atau toll.
Ingat, barangan tupperware bukan "tipuware" yang boleh dibeli kedai 2 ringgit, hanya boleh pakai buang dan tidak selamat untuk digunakan berulang kali. Ia adalah barangan bebas kimia dan dijamin selamat digunakan. Jika ada kopak boleh ditukar yang baru dan ia diinsuranskan.
Diharapkan penerangan admin ini dapat membuka minda para pelanggan sekalian. Admin jugak minta maaf jika tulisan ini menyinggung mana-mana pihak. Sekian Terima Kasih.
Kedai Maya AMELY
0197200379
kedaimayaamely@gmail.com
No comments:
Post a Comment